sktmjb.zoom-a.com

Persiaran Molek Utama, Tmn Molek Tel : 073574322, Faks : 073575322
e-mel : sktm1088@streamyx.com


LAMAN UTAMA
PERASMIAN
EDITOR
KATA ALU-ALUAN
PELAN KE SKTM&PPD
FALSAFAH PENDIDIKAN
FALSAFAH SEKOLAH
VISI & MISI
DOA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
LOGO SEKOLAH
SEJARAH
PANORAMA
ALBUM D'MOLEK
STAF AKADEMIK 2010
STAF SOKONGAN
KURIKULUM
HEM
PIBG
MCC/ICT 2010
GURU KELAS (PAGI)
GURU KELAS (PETANG)
ENROLMEN MURID 2010
RESULT UPSR 2008/2009
SAMBUTAN HARI GURU 2010
HARI ANTI DADAH SKTM
BERITA TERKINI
LESTARI ALAM SEKITAR
FORUM / PENDAPAT
WAKTU SOLAT 2010
TAKWIM 2010
PAUTAN

WARGA MCC 2010

.

Pengerusi                      1. Encik Isa bin Abu

                                          Guru Besar SK Taman Molek

Naib Pengerusi             1. Puan Munah binti Abdullah

                                          PK 1 SK Taman Molek

                                      2. Cik Low Chuk Boey

                                          Penyelia Petang Sk Taman Molek

Penyelaras                     : Encik Jamiludin bin Musa

Penolong Penyelaras     : Encik Muhamad Suhazri bin Marzuki

Setiausaha                      : Puan Marziah

Bendahari                       : Cik Iling Frances Robert 

AJK Guru                         : En. Noor Azlee Bin Bakhtiar

                                          Encik M. Fazuli bin Khamis

                                          Puan Masniza Bt Mat Zian

                                          Encik Hazizie

                                          Encik Suhaimi Bin Ithnin

 

 

                                                                              RASIONAL 

Memberi kemahiran asas kepada murid bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan yang berteraskan ICT. Ini adalah bagi memenuhi keperluan kepada pendedahan literasi ICT tahap rendah dan sederhana kepada semua murid.

Memastikan bahawa murid dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat memanfaatkan kemajuan ICT dan berkebolehan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

Memastikan murid-murid yang keluar daripada sistem pendidikan dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk memajukan negara masa depan yang berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat dan komunikasi.

 

                                                                             MATLAMAT

 

Memastikan murid-murid yang cemerlang melalui komitmen yang jitu dalam mengintegrasikan pemikiran dalam kurikulum berbantukan kepada penggunaan teknologi maklumat bagi melahirkan insan yang berilmu dan berdaya saing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

                                   

                                                           SEJARAH MAKMAL KOMPUTER

             Makmal Komputer SK Taman Molek mula ditubuhkan pada Januari 2001. Makmal Komputer diasaskan oleh Tuan Guru Besar, Encik Zainal Abidin. Sekolah mendapat bekalan komputer daripada Pihak MIMOS sebanyak 30 buah pada awal tahun 2001. Pada pertengahan tahun 2001,berlaku kecurian yang mengakibatkan kehilangan 3 buah komputer. Pada tahun 2002,sekali lagi berlaku kecurian yang mengakibatkan kehilangan 2 buah komputer MIMOS. Pada tahun 2003, berlaku kecurian besar yang mengakibatkan kehilangan 18 buah komputer. Laporan polis telah dibuat manakala pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditangguhkan.

Pada tahun 2004, Tuan Guru Besar, Encik Isa Bin Abu meminta untuk menubuhkan semula Makmal Komputer. Menurut beliau, Kemahiran TMK amat penting pada masa sekarang. Pelbagai surat permohonan dibuat bagi mendapat gantian komputer yang hilang. Akhirnya impian menjadi kenyataan apabila pihak sekolah mendapat gantian komputer yang hilang pada penghujung 2004. Hasil kutipan dan sumbangan yuran murid digunakan untuk menampung kekurangan komputer  dan membeli peralatan di dalam makmal komputer  bagi tujuan keselesaan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

 Akhirnya, pada Januari 2005, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam Makmal Komputer dapat dijalankan semula dengan baik. dan diteruskan pada tahun 2005 sehinggalah ke tahun 2010.

.

Program 2010 MCC

.

Program 1

Nama Program : Taklimat Zoom-A Kepada Semua Guru SKTM

Tempat : Bilik Mesyuarat SKTM

Tarikh : 31/12/2009

.

Program 2

Nama Program : Membaikpulih & Menyelenggara Komputer Makmal

                 

                 

                                                    

.

Program 3

Nama Program : Taklimat Zoom-A Kepada Ibubapa Tahun 6 (UPSR)

Tempat : Kantin SK Taman Molek

Tarikh : 16/01/2010

.

Program 4

  1.  Nama Program:   Program Peningkatan UPSR 2010 Melalui Zoom-A

 

   2.  Kumpulan Sasaran :  Murid-Murid Tahun 6 (UPSR) 2010

 

    3.  Tujuan/ Objektif Aktiviti :

 

                                                               i.            Meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR 2010

                                                             ii.            Menyiap dan memperlengkapkan diri untuk UPSR 2010 menerusi perisian Zoom-A

                                                            iii.            Menyediakan satu platform bagi murid membiasakan diri dengan soalan peperiksaan UPSR melalui Gedung Soalan Klon UPSR

                                                           iv.            Membolehkan murid mengikuti latihan pengukuhan mengikut skop yang dikehendaki

                                                             v.            meningkatkan potensi pembelajaran berbantukan ICT

                                                           vi.            menarik minat murid untuk belajar

 

  1. Perlaksanaan :

                                                               i.            Format/Bentuk Aktiviti

 

      - Program ini dilaksanakan secara dalaman oleh JK Bilik 

        Komputer SKTM.Program ini dilaksanakan secara berperingkat

        mengikut kelas, dan ianya dilaksanakan pada setiap hari Ahad.

        Antara aktiviti yang difokuskan dalam aktiviti

        ini ialah:

 

1.      Menjawab soalan berbentuk Topikal / Ujian mengikut subjek / topik UPSR

2.      Menjawab soalan yang hampir sama dengan UPSR melalui Gedung Soalan Klon UPSR

 

                              ii        Tempat dan tarikh dilaksanakan: Bilik Komputer SKTM

                                                                                                          ( Rujuk Jadual )

 

                             iii         Peserta : Murid-Murid Tahun 6 (UPSR)

 

                             iv         Penilaian : Guru Besar, GPK 1, PIBG

 

  1. Urusetia: JK Bilik Komputer / ICT

    6. Penutup:

                    Berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat 

                    kerjasama yang baik daripada semua pihak demi kecemerlangan dan  

                          peningkatan pencapaian murid-murid UPSR 2010.

.

Program 5

                                              

  1. Nama Program:        Kursus ICT Untuk Murid-Murid

  1. Kumpulan Sasaran :  Ahli Kelab Komputer

  1. Tujuan/ objektif Aktiviti :

                                                               i.            menambahkan pengetahuan murid-murid mengenai kemahiran asas dalam penggunaan komputer dalam pelajaran

                                                             ii.            mengembangkan kemahiran murid-murid dalam perisian dan mengakses internet

                                                            iii.            meningkatkan potensi pengajaran berbantukan ICT

                                                           iv.            menarik minat murid untuk belajar

 

  1. Perlaksanaan :

                               i.      Format/Bentuk Aktiviti

 

      - Program ini dilaksanakan secara dalaman oleh JK Bilik 

        Komputer SKTM.Program ini dilaksanakan secara berperingkat

        dan ianya dilaksanakan selama dua hari. Antara aktiviti yang  

                                         difokuskan dalam aktiviti ini ialah:

1.      Cara Penggunaan Komputer

2.      Pengurusan Kelab Komputer

3.      Perisian-Perisian

 

                              ii        Tempat dan tarikh dilaksanakan: Bilik Komputer SKTM 

                                                                                                     (6 Feb 2010)

 

                             iii         Peserta : Ahli Kelab Komputer

 

                             iv         Penilaian : JK MCC

 

  1. Urusetia: JK Bilik Komputer

    6.   Penutup:

                  Berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat 

                  kerjasama yang baik daripada semua pihak serta memberikan kesan positif

                  terhadap pelajaran murid.

.

.

Program 6

  1. Nama Program:        Kursus Membaik Pulih Dan Keceriaan Makmal Komputer

  1. Kumpulan Sasaran :  Kursus ICT Untuk Guru-Guru

  1. Tujuan/ objektif Aktiviti :

    1. Mendedahkan  kepada guru-guru mengenai kemahiran membaikpulih komputer

    2. Mendedahkan kepada guru-guru cara Pengurusan dan Keceriaan Makmal

  1. Perlaksanaan :

Format/Bentuk Aktiviti

      - Program ini dilaksanakan secara dalaman oleh JK Bilik 

        Komputer SKTM.Program ini dilaksanakan secara berperingkat

        mengikut kumpulan guru-guru dan ianya dilaksanakan 

        selama dua hari. Antara aktiviti yang difokuskan dalam aktiviti

        ini ialah:

 

1.      Baikpulih komputer

           

Pengurusan dan Keceriaan Makmal Komputer

-         Pengurusan

-         Keceriaan

-         Sumbangan Bil Elektrik

 

                              ii        Tempat dan tarikh dilaksanakan: Bilik Komputer SKTM

                                                                                                   (26 Julai 2010)

 

                             iii         Peserta : Guru-Guru SKTM

 

                             iv         Penilaian : Guru Besar, GPK dan Penyelia Petang

 

  1. Urusetia: JK Bilik Komputer

 

   6.   Penutup:

                    Berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat 

                    kerjasama yang baik daripada pihak guru-guru. Semoga guru-guru dapat   

                    manfaatkan ilmu yang diperolehi.

.

.

Program 7

  1. Nama Program:        Kursus Komuniti Ibubapa

 

  1. Kumpulan Sasaran :  Ibubapa

 

  1. Tujuan/ objektif Aktiviti :

 

    1. menambahkan pengetahuan ibubapa mengenai kemahiran asas dalam penggunaan komputer

    2. mengembangkan kemahiran internet kepada ibubapa
    3. menarik minat ibubapa untuk belajar komputer

  1. Perlaksanaan :

                                i.     Format/Bentuk Aktiviti

 

      - Program ini dilaksanakan secara dalaman oleh JK Bilik 

        Komputer SKTM.Program ini dilaksanakan secara berperingkat

        mengikut kumpulan mata pelajaran, dan ianya dilaksanakan 

        selama 2 hari. Antara aktiviti yang difokuskan dalam aktiviti

        ini ialah:

 

1.      Cara penggunaan Komputer

2.      Memperkenalkan Perisian

3.      Cara mengakses Internet

4.      Penekanan pentingnya kemahiran Komputer pada masa sekarang

                              ii        Tempat dan tarikh dilaksanakan: Bilik Komputer SKTM

                                                                                                 (20&21 Feb 2010)

 

                             iii         Peserta : Ibubapa

 

                             iv         Penilaian : JK MCC

 

  1. Urusetia: JK Bilik Komputer

 

  1. Penutup:

                    Berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat 

                    kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa. Diharapkan ibubapa dapat  

                    manfaatkan ilmu yang diperolehi dan digunakan dalam kehidupan seharian.

.

Program 8

  1. Nama Program:        Minggu ICT SKTM

  1. Kumpulan Sasaran :  Guru-Guru dan Murid-Murid

  1. Tujuan/ objektif Aktiviti :

    1. menambahkan pengetahuan guru-guru dan murid-murid mengenai penggunaan computer.

    2. mengembangkan kemahiran guru-guru dan murid-murid dalam mendapatkan maklumat dari Internet.

    3. meningkatkan potensi pengajaran & pembelajaran berbantukan ICT

    4. menarik minat murid dan guru untuk lebih mendalami dunia IT

    5. ( Dunia Tanpa Sempadan )

  1. Perlaksanaan :

                                                               i.            Format/Bentuk Aktiviti

      - Program ini dilaksanakan oleh JK Bilik Komputer

        SKTM. Program ini dijalankan selama dua hari. Antara aktiviti   

        yang difokuskan dalam aktiviti ini ialah:

1.      Pameran komponen & revolusi komputer

2.      Pertandingan ( cth. menaip terpantas )

3.      Internet Tanpa Sempadan (Mengakses Internet di luar makmal

.

ii        Tempat dan tarikh dilaksanakan: Bilik Komputer SKTM

                                                                  (21,22,23,24,25 Jun 2010)

                               iii         Peserta : Guru dan Murid

                             iv         Penilaian : Guru Besar, GPK dan Penyelia Petang

  1. Urusetia: JK Bilik Komputer

  1. Penutup:

                    Berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat 

             kerjasama yang baik daripada pihak guru-guru.

 

 

 

                                                                                          

     Copyright By Unit Ict MCC

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: