sktmjb.zoom-a.com

Persiaran Molek Utama, Tmn Molek Tel : 073574322, Faks : 073575322
e-mel : sktm1088@streamyx.com


LAMAN UTAMA
PERASMIAN
EDITOR
KATA ALU-ALUAN
PELAN KE SKTM&PPD
FALSAFAH PENDIDIKAN
FALSAFAH SEKOLAH
VISI & MISI
DOA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
LOGO SEKOLAH
SEJARAH
PANORAMA
ALBUM D'MOLEK
STAF AKADEMIK 2010
STAF SOKONGAN
KURIKULUM
HEM
PIBG
MCC/ICT 2010
GURU KELAS (PAGI)
GURU KELAS (PETANG)
ENROLMEN MURID 2010
RESULT UPSR 2008/2009
SAMBUTAN HARI GURU 2010
HARI ANTI DADAH SKTM
BERITA TERKINI
LESTARI ALAM SEKITAR
FORUM / PENDAPAT
WAKTU SOLAT 2010
TAKWIM 2010
PAUTAN

SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR

(ENCIK ISA BIN ABU)


Assalamualaikum Wrbkth.


Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak barisan pendidik, kakitangan sekolah, Jawatankuasa PIBG serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah kami ini yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Unit Ict MCC sekolah kami.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini selaras dengan slogan sekolah yang dilancarkan baru-baru ini iaitu '1 Molek - Murid Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.

     Copyright By Unit Ict MCC

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: