![]() |
![]() |
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MOLEK ( SKTM )Persiaran Molek Utama, Tmn Molek Tel : 073574322, Faks : 073575322 e-mel : sktmjb@zoom-a.com
|
![]() |
|
2009 . . Pengerusi 1. Encik Isa bin Abu Guru Besar SK Taman Molek Naib Pengerusi 1. Puan Munah binti Abdullah PK 1 SK Taman Molek 2. Cik Low Chuk Boey Penyelia Petang Sk Taman Molek Penyelaras : Encik Jamiludin bin Musa Penolong Penyelaras : Encik Muhamad Suhazri bin Marzuki Setiausaha : Puan Marziah Bendahari : Cik Iling Frances Robert AJK Guru : En. Noor Azlee Bin Bakhtiar Encik M. Fazuli bin Khamis Puan Masniza Bt Mat Zian Cik Aishah Bt Ali
Memberi kemahiran asas kepada murid bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan yang berteraskan ICT. Ini adalah bagi memenuhi keperluan kepada pendedahan literasi ICT tahap rendah dan sederhana kepada semua murid. Memastikan bahawa murid dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat memanfaatkan kemajuan ICT dan berkebolehan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Memastikan murid-murid yang keluar daripada sistem pendidikan dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk memajukan negara masa depan yang berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat dan komunikasi.
Memastikan murid-murid yang cemerlang melalui komitmen yang jitu dalam mengintegrasikan pemikiran dalam kurikulum berbantukan kepada penggunaan teknologi maklumat bagi melahirkan insan yang berilmu dan berdaya saing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
SEJARAH MAKMAL KOMPUTER . Makmal Komputer SK Taman Molek mula ditubuhkan pada Januari 2001. Makmal Komputer diasaskan oleh Tuan Guru Besar, Encik Zainal Abidin. Sekolah mendapat bekalan komputer daripada Pihak MIMOS sebanyak 30 buah pada awal tahun 2001. Pada pertengahan tahun 2001,berlaku kecurian yang mengakibatkan kehilangan 3 buah komputer. Pada tahun 2002,sekali lagi berlaku kecurian yang mengakibatkan kehilangan 2 buah komputer MIMOS. Pada tahun 2003, berlaku kecurian besar yang mengakibatkan kehilangan 18 buah komputer. Laporan polis telah dibuat manakala pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditangguhkan. . Pada tahun 2004, Tuan Guru Besar, Encik Isa Bin Abu meminta untuk menubuhkan semula Makmal Komputer. Menurut beliau, Kemahiran TMK amat penting pada masa sekarang. Pelbagai surat permohonan dibuat bagi mendapat gantian komputer yang hilang. Akhirnya impian menjadi kenyataan apabila pihak sekolah mendapat gantian komputer yang hilang pada penghujung 2004. Hasil kutipan dan sumbangan yuran murid digunakan untuk menampung kekurangan komputer dan membeli peralatan di dalam makmal komputer bagi tujuan keselesaan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Akhirnya, pada Januari 2005, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam Makmal Komputer dapat dijalankan semula dengan baik. dan diteruskan pada tahun 2006 sehinggalah ke tahun 2009.
. PELAN MAKMAL KOMPUTER (MCC)
.
. AKTIVITI-AKTIVITI MAKMAL . KERJA-KERJA PENYELENGARAAN KOMPUTER OLEH JK MAKMAL KOMPUTER(MCC) .
. GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MAKMAL KOMPUTER OLEH JK MAKMAL KOMPUTER(MCC) . . PROJEK MEMASANG WIRELESS (WIFI) OLEH JK MAKMAL KOMPUTER (MCC) 2009 . |
||||
Copyright By Unit Ict MCC
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |